Tuesday, 22 July 2008

Muzakarah or Muhasabah : Mana yang perlu?

Amat menarik dikala ini kita lihat orang berbicara persoalan mencari jalan tengah, mencari jalan kebaikan kearah masa depan bangsa dan agama . Walau apa pun tujuan, sudah pasti ditengah-tengah kemelut dan persoalan penyatuan menjadi topik yang hangat . Dikala segala kekurangan dan kelemahan maka kita sering mencari jalan untuk mengukuhkan perpaduan. Maka timbullah usaha perbincangan , penyatuan yang sering diguna MUZAKARAH. Muzakarah yang hadir daripada perkataan arab hasil daripada zakara, yuzakiru, muzakarah ini memberi makna yang cukup luas dan perspektif yang syumul. Muzakarah sering dilihat sebagai perbincangan tetapi saya percaya makna muzakarah bukan setakat berbincang tetapi perlu saling ingat mengingat serta mencari jalan kebaikan. Sudah pastilah perbincangan itu menjurus kepada jalan yang diredhai Allah.

Elemen muzakarah ini memang pasti akan timbul jika berlaku satu pertembungan antara dua pihak, maka perlunya saling berbincang dan mencari jalan yang sebaiknya. Namun dalam keadaan yang cukup kronik sekalipun muzakarah boleh dijadikan panduan untuk mencari jalan kebaikan. Tatkala dua pihak saling bertembung dari segi prinsip dan dasar perjuangan walaupun terdapat beberapa persamaan namun usaha kearah muzakarah ini satu yang baik demi kebaikan masa depan. Muzakarah bukan sahaja erti saling bersatu, muzakarah juga boleh dijadikan elemen penyatuan dalam beberapa perkara. Ia tidak bererti bergerak dalam satu wadah dan dalam bentuk persamaan. Allah jadikan manusia ini dengan pelbagai pemahaman, latarbelakang, kecenderungan sudah pastilah akan wujudnya perselisihan namun sebagai manusia yang memahami akan perkara ini tidak menjadikan ia akan berpecah tetapi berusaha membentuk landasan persamaan paling tidak usaha-usaha bersama walaupun tidak berada dalam satu kapal.

Jadi dalam konteks parti politik hari ini kita lihat ada usaha-usaha untuk melaksanakan muzakarah. Apa pun tujuan yang dibawa oleh mereka yang paling penting apakah usaha ini untuk semata-mata mengukuhkan parti masing-masing atau untuk masa depan ummah? Muzakarah jangalah dijadikan medan untuk menutup kelemahan masing-masing dikala ummah sendiri melihat betapa kroniknya suasana masyarakan pada hari ini. Jika benar ada usaha kearah itu perlu wujud satu blue print yang sebenar-benarnya dan jangan ianya hanya jadi alat politik semasa sahaja.

Atau jika usaha muzakarah ini sekadar dipinggiran dek kerana tuntutan parti dalam keadaan semasa lebih baik kita tukar sahaja kepada usaha lain seperti MUHASABAH...Barangkali itu jalan terbaik untuk masa depan bersama.....

Thursday, 5 June 2008

Minyak Naik!!!

Satu yang agak memeranjatkan. Apatah lagi dalam suasana ekonomi yang semakin meruncing khususnya kepada masayarakat bawahan. Dalam keadaan rakyat yang semakin tertekan dengan pendapatan yang dibawah paras kemiskinan yang masih merundung, kita ditampilkan dengan keputusan yang cukup memeranjatkan. Walau apa pun matlamat dan tujuan pihak pemerintah dalam menghadapi isu ini nampak ianya memberi kesan yang cukup besar kepada sosio ekonomi dan kehidupan masyarakat bawahan. Apakah ini satu hadiah yang harus diterima oleh rakyat hasil daripada kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa? Atau tidak kah ada formula yang lain yang lebih kurang memberi kesan kepada rakyat walaupun dikatakan harga naik diseluruh dunia? Jika ini tidak mampu ditangani dengan bijak sana, pengagihan ekonomi yang sepatutnya diberi kepada rakyat bawahan maka jurang ekonomi dan pendapatan pastinya akan semakin jauh berbanding dengan golongan kaya dan berpendapatan tinggi.

Barangkali orang berpendapatan tinggi tidak merasai akan kesannya tapi yakinilah bahawa ramai diluar sana yang akan terkesan dengan keputusan yang dilaksanakan ini dengan menelan secara perlahan pahit dan masamnya keputusan ini.

Friday, 30 May 2008

Bingkisan Ilmu 1: Kenal Diri

Sebagai muslim kita sememangnya memerlukan ilmu dalam meneruskan kehidupan. Tanpa ilmu kita akan berada dipersimpangan. Orang berilmu sentiasa dijanjikan oleh Allah akan keberkatannya. Oleh yang demikian kita harus sama2 berusaha untuk meraih sebanyak ilmu untuk menjadi manusia yang hampir dengan yang Maha Pencipta. Rabbul Jalil. Tapi kadangkala orang berada dalam keadaan bingung ilmu yang bagaimana yang membawa kita dengan Tuhannya. Ilmu duniakah? atau ilmu akhiratkah? yang mana satu timbangannya? di sinilah yang menjadi noktah kepada generasi sekarang , bilamana memahami akan kepentingan ilmu tetapi masih sangsi akan bentuk dan jenis ilmu manakah yang akan menjadi penyuluh kepada kebenaran dan membawa diri dekat kepada Allah SWT. ( bersambung sikit masa lagi)....

Thursday, 29 May 2008

Sumbang saran berblog

Bermula Jun 2008 saya akan bersama-sama rakan diluar sana untuk berkarya dan menyampaikan pandangan berkenaan pelbagai isu yang melatari masalah ummah semasa dan kepentingan untuk bangsa dan agama. Tidak kira ianya ada unsur politik , ekonomi, sosial ianya menjadi tanggungjawab untuk menyampaikan pandangan demi mewarnai dunia penulisan yang semakin luas. Namun karya yang dilakar dan dipapar akan sentiasa dipegang atas prinsip kebenaran dan sampaikan sekali pun ianya pahit untuk didengar..

Kepada pembaca terimalah pandangan untuk ditelaah bersama. Ada yagn mungkin boleh diterima dan ada yang perlu ditambah dan diberi komen agar pemahaman dapat dilebar luaskan demi kebaikan bersama.

Renung

Salam perjuangan buat semua.

Mulakan pena dan langkah menyebar ilmu, pandangan bakal memberi cetusan dan panduan kepada kita. Adakala pandangan itu satu teguran. Adakala pandangan itu satu kritikan. Adakala pandangan itu satu buah fikiran. Sama-sama kita manfaatkan idea dan buah fikiran. Jangan biarkan diri kita dibelenggu dengan ilmu yang salah.